Sunday 24 November 2013

pray for the best

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


selamat pagi uollss. wow. lamenye tak menulis. tak tau nk bagi alasan ape dah. yang pentingnya, aku memang tak da masa utk memanjakan diri dengan blog lately ni. huhu. as for this entry, aku tergerak nak share something dengan semua. (even aku tau tak siapa pun baca blog aku, kikiki) Tapi biarlah. sekadar perkongsian terbuka. ;)


alhamdulillah, sudah genap 2tahun perkenalan aku dan si tunang(11.11.11). And 27.11.13 ni genap 1tahun 8bulan kami berpacaran. cewah! =P and 11.12.13 pula cukup 4 bulan kami bertunang. iya, ini tarikh² penting yang aku akan ingat sampai bila². 


ramai yang tidak tahu. semasa kami mula berkawan, aku sebenarnya sudah ada seseorang di hati. dan manakala dia pula, single katanya. aku juga tak percaya kata-katanya. lelaki sepertinya semestinya sudah ada gadis disisi. paling² tidak pun, scandal gitu. haha. =P


hubungan aku dengan seseorang itu makin hari bertambah buruk. ada saja yang kami akan gaduhkan, akan kami ungkit, akan kami debatkan. sehingga aku sendiri sudah tidak kuat lagi untuk berdepan dengan semua itu, lalu mencari teman untuk perkongsian masalah. si tunang yang pada masa itu hanyalah sahabat, datang membantu dan memberi semangat.


iya, memang tidak patut aku merujuk kepada seorang lelaki tentang masalahku dengan si boyfriend. tapi apakan daya. perahu sudah terlajak. si tunang pula tidak putus memberi kata-kata semangat, memujuk hati aku, dan menenangkan diri ini agar terus tabah dan berpegang kepada keputusan yang telah dibuat. sungguh, dia tidak pernah putus asa.


aku bercinta dengan si boyfriend bukanlah sebulan dua. malah 2tahun sudah usia hubungan kami. aku tidak pasti apa yang sering kami gaduhkan. tetapi, ada saja benda yang kurang enak bagiku diperkatakan olehnya. serius, selama ini ku telan sahaja. tipulah kalau aku berdiam diri. aku juga seorang yang kuat memberontak dan sering membidas kata-katanya. mungkin itu membuatkan kami kurang keserasian. benar, dia sebenarnya seorang yang baik, jujur dan setia dengan cintanya. dia tidak pernah curang denganku dan sentiasa memberikan aku sepenuh perhatian. ya, dia benar² mencintaiku. aku suka lelaki seperti ini. tapi apakan daya, lama-kelamaan, aku jadi lemas dalam kasihnya. maafkan aku kerana tidak dapat membalas cintamu malah racun yang kuberi. percayalah, bukan senang untuk aku membuat keputusan itu. tapi ini untuk yang terbaik. aku harapkan kau halalkan segalanya sepertimana aku terima semuanya. maafkan saya. saya selalu mendoakan yang terbaik untuk awak. 


selepas itu, barulah bermula episod aku bersama si tunang. banyak benda baru yang aku belajar darinya. tentang harga diri, tentang cinta, dan tentang kehidupan. aku pada mulanya bukanlah pilihan hatinya akhirnya mengalah pada takdir. mungkin ini yang terbaik. akhirnya membuat keputusan untuk bersama. serius aku katakan, pelbagai ujian yang kami terima selepas itu. blackmailing, accident, dan masalah hati yang masih berbelah bagi.


muncul pula si dia yang telah lama menyepi dari hidup si tunang untuk menagih kasih. si tunang yang pada ketika itu juga sedang buntu, membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama si dia dengan menceritakan kisah ku dengannya kepada si dia. niat si tunang hanyalah untuk berterus terang, tapi perempuan mana yang boleh terima ada perempuan lain selainnya. padahal ketika itu, mereka bukanlah pasangan kekasih. marahnya si dia seperti si tunang benar² curang. aku juga tidak paham. tapi dari apa yang nampak, si dia tidak sedar silapnya. si dia hanya nampak kesalahan si tunang yang mencuranginya tetapi tidak memikirkan hati si tunang yang selama ini di pandang sayu olehnya. 


lalu, kami kembali bersama selepas merungkai satu² masalah yang kami hadapi. alhamdulillah. semua urusan dipermudahkan. aku menerima khilafnya seperti mana dia menerima khilafku. sesungguhnya, kami sama-sama pernah melakukan kesilapan yang besar dalam hidup. tapi kami redha jika benar itu suratan takdir. discussion is the key to everything. and alhamdulillah sekali lagi, sehingga sekarang, kami tak pernah jemu-jemu berbincang dan bermuhasabah diri untuk yang lebih baik. terima kasih kerana tidak jemu² memberi tunjuk ajar dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. in shaa Allah, kami juga ingin mengakhiri semua ini dengan ikatan yang sah disisi agama dan tuhan. berharap semuanya berada dilandasan yang betul dan dipermudahkan. aminn. sekian.



p/s : maaf jika ada yang tersinggung dan terasa hati dengan tulisan ini. sekiranya salah, mohon ampun. terima kasih readers. 

xoxo ♥,

No comments:

Post a Comment